Friday, May 30, 2003
Erm....malam esok balik kg.Tp tiket tak amik lg.Ntah ada ntah tidak,ah gamble aje lah.Minta² adalah.Esok juga hari last aku keje kat sini. Start 9/6 kuliah dah mula...so terpaksa la aku bg komitmen kat kuliah aku pulak.Pas tu mula la sibuk dengan assignment dan kuliah.Ditambah pulak dengan dua program besar yg aku join.Satu pc fair yg fakulti anjurkan bersama² Intel corp dan satu lagi Pesta Konvo.Herm......terpaksa la aku bagi²kan masa aku bebetul.Agaknya dah tak de dah masa untuk "aku ronggeng" sem depan,heh...Cam padat je time table.Hurm..........bertapa la aku kat kolej nampaknya.
Monday, May 26, 2003
Sunday, May 25, 2003
MARAH, umpama paku yang dibenamkan ke papan.Sekali amarah dizahirkan ianya bagai sepucuk paku yang dibenamkan ke papan itu,cukup perit dan menyakitkan. Namun andainya salam kemaafan dipinta, seolah-olah paku itu telah pun dicabut dari papan itu, tetapi ianya tetap meninggalkan kesan yang mendalam pada papan tersebut.Begitu juga pada hati. Oleh itu, aku tak mahu lagi menjadi seperti papan dan paku.Sabar selagi termampu.....
"...demikianlah, untuk sebuah budi dibingkai masa.Bila keluhuran menjadi tonggak ikhlas, dan kita semua adalah saudara seagama.Apa salahnya untuk kita berbual bicara dan berbincang dimana-mana yang mengizinkan apatah lagi kalau ianya adalah menilai semula kebenaran lama. Baik ianya persoalan kecil juga besar yang selama ini kita lebih gemar menangguhkan dan lari dari berhadapan.Sampai bila kita mahu lari...? "
Selalu juga aku lari dari menghadapi sesuatu.Sampai bilakah aku harus melarikan diri dari kenyataan.Takutkah aku? Pengecutkah aku? Aku pun tak pasti tp sememangnya aku masih cuba untuk tidak melarikan diri dari segala macam situasi yang aku tempuhi.Ingin sekali untuk aku duduk sambil berbicara dengannya demi mencari kebenaran dan kepastian.Tapi kuatkah aku hingga mampu untuk aku utarakan hasrat aku itu? Semoga aku tabah dan tidak akan lagi melarikan diri dari menghadapi situasi yang mengcengkam hati ini......

Ada org kate apa yg aku buat ni jiwang, erm...jiwang sangat ke apa yg ada kat dalam nih? Ntah, aku pun tak leh nak jawab sbb bagi aku, apa yg aku masukkan kedalam site ni hanyalah luahan dan rasa hati aku dengan keadaan sekeliling. Tak kisah la org nak kate jiwang ke..apa ke...tp yg penting aku rase puas dng apa yg aku utarakan dlm site ni. Sekurang-kurangnya kat sini lah tempat aku nyatakan rase gembira atau pun rase sakit hati aku dengan dunia sekeliling.Tak pe lah.....janji idup tetap hepi tak kira lah jiwang atau pun rock,idup mesti terus.Jiwang pun jiwang lah tp janji rock.....yeah...yeah.....
" It's only words,
It's only all I have,
to take your heart away..."
It's only all I have,
to take your heart away..."
Monday, May 19, 2003
"...sorrow of soul "
Minggu lepas aku balik kampung sepertimana yang aku rancangkan.Petang semalam baru aku sampai JB balik.Bertolak dr Dungun kul 7.30 singgah Muar jap dlm kul 1 ptg sbb ade kenduri kawin kakak Apis.Lepas tu terus balik ke JB.Sampai ade la dlm kul 6 ptg.Bleh dikatakan sepanjang balik umah minggu lepas kira puas hati la.Apa tak puas hatinya sebab sumer ade kat umah,sumer dapat jumpa.Eji dan Ayu pun dapat jumpa gak.Lama dah tak sembang dng Ayu,sekali dapat sembang, memacam topik yang keluar.Apa salahnya kan, sekali sekala jumpa. Dari citer zaman tadika hinggalah zaman sekolah,kire sumer citer habis di pulun.Sronot sangat masa tu. Ayu sekarang pun dah lain kalu nak dibandingkan dengan Ayu yang dulu. Pas tu dapat tahu plak yang sorang lagi kawan aku kawin,si Julia Suzi tu ha...dah kawin dah dia.Harap bahagia la dia. Aku? heh, lambat lagi beb,banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan.Bab-bab ni tolak tepi dulu walaupun kengkadang terfikir jugak sekali sekala. Segala langkah yang patut aku buat aku dah laksanakan. Tunggu jelah camner perjalanan hidup aku yang seterusnya. Janji aku dapat penuhi dulu matlamat hidup aku buat masa ni. Buat apa yang perlu dibuat, laksanakan apa yang perlu dilaksanakan.Bagaimana keberkesanannya tu bergantung kepada takdir,takdir yang menentukan segalanya. Perjalanan masih jauh, jadi tak perlu lah aku fikirkan sangat apa yang akan berlaku pada masa depan,yang penting masa sekarang aku rebut untuk menggapai masa depan manakala masa yang telah berlalu aku imbas untuk dijadikan iktibar demi masa sekarang dan masa depan. Rezeki,jodoh,ajal,maut semuanya ketentuan Allah,yang penting aku berusaha untuk dapatkan apa yang terbaik untuk diri aku dan family aku....
Monday, May 12, 2003
Sabtu dan Ahad lepas aku gih buat survey utk Dr.Hassan dari Fak.Pengurusan. Letih la jugak, tapi takpe la letih pun sbb dari sini la aku dapat blajor cara untuk berhadapan dng masyarakat.
Malam ni plak aku nak balik kg. Iskh tak sabor rasenye aku nak tunggu malam nih.Nak jumpa family aku, kucing aku dan yang penting aku nak mandi pantai. Dah lama sangat dah kulit aku ni tak kenamasin air pantai Teluk Bidara,rasa cam gatal plak kulit aku nih. Tak pe, balik nnt berendam la aku puas-puas kat pantai.

Ni la pemandangan kat umah aku dari tingkap bilik umah aku. Masa
ni ada la dalam pukul 6.30 pg. Nelayan baru aje keluar kelaut. Pokok nangka yang
kat tepi wakaf tu dah tak ade dah sekarang sebab dah tumbang. Herm....rindu
sesangat kat kampung......
Thursday, May 08, 2003
Boring, ni la agaknya rupa aku ptg smlm. tak tahu la naper tp rase boring sesangat. Boring sampai ke tahap dewa. Buat tu tak kena, buat ni tak kena, bleh katekan sumer tak kena lah. Last-last aku tido, habis citer...heh.
Wednesday, May 07, 2003
Laila Isabella...best nama tu. Malam tadi aku tngk citer tu...ingat nak kuar gih Sri Skudai, tp terus tak jd bile bebudak pasang citer nih. Tak de la paper yg menarik sngt tentang citer ni. Tp aku cukup suke bile part Azam tu balik ke umah mak sedara dier. Kalu tak silap aku tempat tu kat Tg.Bidara, Melaka. Masa tu mak sedara dier duk jemur ikan kering dan kat belakang dier pulak bebudak dok bermain kat pantai,sungguh meriah. Tetiba teringat masa aku kecik kat kampung dulu,Kampung Telok Bidara.
Aku masih ingat masa aku jemur ikan duri, aku juga masih ingat masa aku jemur hirisan keropok lekor untuk dibuat keropok keping dan aku juga masih ingat masa
aku menolong nenek menyiang ikan untuk dibuat keropok. Mase tu kami buat reramai, jiran² sekitar pun datang menolong.Cukup meriah ketika itu." Tok,ikang ni nok kerat ganner? " Tu la secebis dialog antara aku dng nenek aku ketika aku memula tolong dier menyiang ikan. Antara pantai, debu dan angin, semuanya menjadi satu di dalam jubah kehidupan. Bagaikan baru semalam aku melalui sumer tu. Tp skrang sumer tu dah takde,sumernya hanya tinggal kenangan. Tiada lagi ikan duri untuk dijemur, tiada lagi hirisan keropok untuk dijemur, tiada lagi ikan untuk disiang dan tiada lagi nenek untuk bermanja.Yang tinggal hanyalah dua nisan nenekku dikuburan. Nenek tiada lagi....yg tinggal hanyalah memori lalu. Memori dari sebuah kehidupan. Terima kasih Laila Isabela kerana mengingatkan aku kembali akan kenangan lalu yg pernah aku lalui. Nenek, semoga dirimu tenang di alam sana....

Monday, May 05, 2003
" Don't be too good, I'll miss U...
Don't be too caring, I might Fall...
It's hard for me to love U, when...U won't love me after all...
Don't be too caring, I might Fall...
It's hard for me to love U, when...U won't love me after all...
Herm....lama gak aku tak masukkan paper kat blog aku nih.Sibuk sket dua tiga menjak nih. Hujung minggu bebaru nih aku gih Batu Pahat, umah Farhan. Uish, jauh jugak tu...dah la gih dng motor. Dok kat kg dier ni lebih kurang dok kat kg aku la jugak, sekurang²nya leh la hilangkan rindu aku kat kg. Cuma yg bezanya kg dier dikelilingi kelapa sawit dan kg aku plak dikelilingi kelapa. Sebenarnya mmg dah lama aku nak kuar jauh sket dr Skudai ni, dah semak sngt dah kepala otak aku nih.Alhamdulillah...akhirnya dpt jugak aku kuar dr Skudai. Even minggu depan aku nak blk kg, tp aku ttp nak gi jugak umah Farhan. Dapatla jugak aku kenal dng tempat org.Dlm masa yg sama, aku bleh la tngk cara hidup org lain. Kata org jauh perjalanan luas pemandangan....nnt tak la aku jakun sngt kalu aku tempuhi situasi yg sama iaitu dikelilingi oleh org Jawa.Fuhhh....rasa cam duk kat kepulauan Jawa lak.
Paper pun aku mmg suka gi umah Farhan, sbb aku sronot tngk family dia, hepi manjang dan cukup mesra.Tp yg tak bestnya bila tak dpt jumpa Ziha. Ingatkan nak jumpa dia sbb dah ckp kat dier nak gi BP, tp call dier tak dpt².Kalu tak leh gi umah dier.Takde rezeki la tuh. Takpelah, lenkali kot......yg penting aku dah kuar dr Skudai dan ilangkan ape yg tersarat dlm kepala otak aku nih.......