Wednesday, June 25, 2003
Sabtu, 21/6/03...aku,amir dan en.lotfi keluar mancing.Memang aku rasa nak sangat kuar jengjalan, tak kisah la kemanapun janji boleh kuar dr ksds dan utm.Lepak² sambil makan² kat memana ajelah. Malam tu dlm pada dok plan nak buat apa Sabtu tu, last² en.lotfi tepon ajak gi mancing.Aku pun apa lagi, cam org lapar disorong emapt pinggan nasi beriani la.Tanpa banyak soal aku pun setuju la. Pagi tu seawal 8.00 pg lagi kitorang dah kuar ke kolam tempat kami nak mancing.Kalu ikut cakap en.Lotfi, kolam tu baru aje buka tak sampai dua bulan.Selepas sediakan props mancing mana yang patut.....kami pun mulalah mancing. Dalam pada dok layan blues tu, tetiba joran aku direntap, fuh! tercabar seketika darah nelayan aku nih. Aku pun apa lagi, layan la ikan tu lebih kurang.....Lepas layan mana yg patut, dapat la aku naikkan ikan tu, ada la dalam 2 kg. Huh...pueh hati den. Lepas tu dalam sejam lepas tu plak, aku dapat lg sekor ikan. Kali ni ikan yg ni kurang sket melawan, ala² menyerah diri la.En.Lotfi ngan Amir tensen je tngk aku dpt naikkan sekor lg. Orang sebelah aku pun ada gak naikkan ikan, sumer nya spesis yg sama;ikan siakap. Lepas tu, dalam kul 12 tgh, en.lotfi ajak balik, dan sebelum aku kemas sekali lagi joran aku mengena. Kali ni memang ganas habis la ikan ni.Liat sungguh aku nak naikkan, ada la dlm 15 minit aku main sebelum dpt naikkan ikan tu. Ikan ni pulak ikan yg terbesar antara tiga ekor ikan yg aku dapat tu. Pueh hati sungguh aku hari ni. Tiga kali trip mancing yang aku ikut en.lotfi, trip kali ni la yg paling best. Dah la dpt ikan, aku pulak tu ketiga² ekor. Bengang je en.lotfi ngan amir.Tp tak pelah.....rezeki aku la hari tu. Heh, berguna jugak petua yg aku amik dr abg din "But, but perambut. Aku lempar ko sambut" Ni bukan nak wat mende syirik yer, ni just petua utk dpt ikan. Tp kalu tanpa rezeki dr Allah, guna la sebanyak mana pun petua...kompem sekor pun tak naik. Tak salah kan aku mencuba petua yg ada. Cuma jgn la terlalu taksub dng petua tu sampai terlupa dengan yang pemberi rezeki. Pepehal pun hari ni memang best dan aku memang puas hati tahap dewa walaupun kulit aku garing dibakar panas matahari.......Janji dapat ikan, heh......