<$BlogRSDUrl$>

Saturday, August 09, 2003


Hari ni masuk hari ke tiga pesta konvo berlangsung dan hari ini juga adalah hari ke lima aku accident. Sakit oooo.....tp takpelah, itu mungkin balasan Allah diatas segala kelalaian aku selama ni. Alhamdulillah la ada kawan² yang boleh di anggap kawan, boleh la aku menumpang kasih di saat aku berjauhan dengan keluarga.Terima kasih la kawan......syukur betul aku dapat kawan macam korang.Semoga korang semua di berkati Allah selalu.



Saturday, August 02, 2003


"kawan...aku rindukan saat² manis itu. Masihkah ada ruang untuk semua itu lagi?"




    Lama jugak aku tak tulis paper dlm blog nih...takde masa la. Aku sebenarnya sedang sibuk dng persiapan terakhir untuk konvo-31. Tak tahu la camner nnt jadinya. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar la hendaknya.Nak balik cuti pun tak jadi.Nnt dalam kul 4.30 nak bertolak ke Mersing pulak;nak gi ke Pulau Tioman. Nak tido takut tak bangun sbb tu la smpai skrang tak tido lg.
    Erm....beberapa perkara yang menarik yang telah aku ketahui tentang diri aku sepanjang gerak kerja konvo-31 dua minggu kebelakangan nih. Pertamanya dan seperti selalu...aku dicop sebagai sombong dan garang.Heh, takde cop lain ke nak letak kat aku. Lepas tu satu lagi gelaran yang aku dapat ialah 'abg brutal'. Lawak pulak rasanya bila ada gak org yang labelkan aku sebegitu rupa. Tak pelah paper pun....tu semua sbb mereka tak kenal aku lagi dari dekat. Bila dah kenal hilang la sumer tu. Aku pun rasa cam dah tak leh ubah dah cara aku nih. Yelah...dah camni aku punya personaliti, bukannya senang² nak ubah. Walau apa pun yang mereka sumer labelkan kat aku, yang penting mereka sekarang dah kenal aku dan tahu aku camner. Cam orang tua² kata la...'tak kenal maka tak cinta' dan sebab dah kenal jugak la aku rasa cam dah jatuh cinta dng seseorang. *Eh tul ke perasaan aku nih? Ah lantaklah....hehehe.
    Walaupun aku dah tersentuh bab qalbu, aku tetap bergerak pada landasan aku. Setakat ni aku tak nak lari lg dari landasan yang telah aku tetapkan. Kalau dalam landasan tu terselit jugak bab qalbu nih, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkannya. Bukan aku nak lari daripada kenyataan dan bukan jugak kerana aku nak menipu perasaan aku sendiri, tetapi aku harus penuhi matlamat aku dulu. Tp kalu dah destinasi aku memerlukan aku berhenti seketika di tempat rehat itu, maka aku akan akur. Janji perjalanan aku di atas landasan itu tidak akan aku abaikan terus.
    Herm......konvo tinggal beberapa hari lagi dah. Pulun......jangan tak pulun.......


Your Ad Here