Monday, August 16, 2004
Wings & M.Nasir
Dah lama aku teringin nak tengok konsert secara live, dan sabtu lepas...keinginan aku tercapai. Tak sangka pulak akhirnya apa yang aku inginkan itu menjadi kenyataan dan ia menjadi lagi best bila konsert yang aku saksikan itu adalah konsert wings dan M.Nasir....sungguh tak kusangka.
Dari awal persembahan sampai la ke akhirnya, aku memang puas hati dengan persembahan diorang. Terimbau terus zaman kanak² aku. Wings naik ketika aku masih sekolah rendah dan dengan sendirinya tetiba membuatkan aku rindukan zaman kanak² aku dulu. Cukup nostalgik!!!
Namun begitu, dalam pada aku bernostalgik itu, sempat juga aku perhatikan kelakuan muda-mudi MELAYU yang berada disekeliling aku...cukup menyedihkan!!! Tanpa rasa segan silu, si pemudi ni terlompat² head banging sambil dikelilingi oleh pemuda. Macam ni ke yang dikatakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama? Sungguh sedih...tak tahu la aku apa nak jadi dengan bangsa ku.....memang benar lah kata Mahathir, Melayu mudah lupa......tapi, aku harap aku bukanlah dari kalangan Melayu yang pelupa ini......
Bila pintu sudah rezeki terbuka, jangan biarkan pintu hati tertutup pula.
Jangan biar impian terlepas waktu muda, kelak sesal.
- bila aku nak berjaya ? -
Friday, August 06, 2004
Orang kata mimpi tu mainan tido, dan aku harap sangat mimpi aku semalam memang mainan tido. Mimpi aku tu buatkan aku terfikir apakah akan menjadi realiti mimpi aku tu; aku harap tidak. Sebabnya mudah...aku sayangkan apa yang aku ada tu dan aku tak mahu aku kehilangannya.
Herm....pergilah mimpi, aku ingin rehat seketika.