<$BlogRSDUrl$>

Saturday, January 13, 2007


Tahun Baru 2007, Azam Pun Baru

Dalam mata ini dok pejam celik, rupanya dah 13 hari diri ini melangkah ke tahun baru, tahun 2007. Dalam 13 hari ini jugalah, beberapa perkara yang boleh aku anggap penting berlaku dalam hidup aku. Ada yang menggembirakan, ada juga yang boleh dikatakan mendukacitakan. Apa perkara yang meggembirakan dan apa perkara yang mendukacitakan? Herm....biar aku senaraikan satu persatu kat bawah ni.

Perkara Menggembirakan:

  1. Birthday aku yang ke-26 jatuh pada bulan ni. Dah 2 hari dah berlalu. Makin dekat dng mati rupanya.
  2. Macam tahun-tahun yang lepas, dpt birthday present dari orang yang aku sayang. hehe..tq
  3. Aku dinaikkan pangkat daripada Pegawai UTM Degree++ kepada Pengurus UKR. Wah, besar tanggung jawab tu.

Perkara Mendukacitakan:

  1. Aku akan ditukarkan daripada Unit Pembangunan Profesional (UPP) kepada Unit Kemasukan dan Rekod (UKR). Ini disebabkan kenaikan pangkat kepada Pengurus UKR tu la. Walaupun dari segi kerjaya, boleh dikatakan bagus utk aku, tetapi aku masih anggap ia perkara yang mendukacitakan kerana terpaksa bertukar unit. Aku sayangkan UPP, tetapi dengan mengambil kira kepentingan organisasi, aku terpaksa akur dng keputusan ini.
  2. Bajir sekali lagi melanda Johor. Ini kali yang kedua dalam tempoh sebulan. Banjir yang pertama dulu baru sahaja surut, tetapi semalam...air sekali lagi naik dan menyebabkan banjir dikawasan yang sama.

Itu lah beberapa perkara yang berlaku di dalam hidup aku dipermulaan Tahun 2007 ini. Aku kena lihat semua perkara tu dari sudut positif. Daripada kenaikan pangkat aku kepada kejadian banjir. Semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Semoga Tahun 2007 ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan kegembiraan di dalam hidup aku. Dengan bantuan dan kekuatan daripada Allah, berserta sokongan daripada semua orang yang berada disekeliling aku, semoga aku berjaya melalui Tahun 2007 ini dengan berjaya.



Your Ad Here