Saturday, January 13, 2007
Dalam mata ini dok pejam celik, rupanya dah 13 hari diri ini melangkah ke tahun baru, tahun 2007. Dalam 13 hari ini jugalah, beberapa perkara yang boleh aku anggap penting berlaku dalam hidup aku. Ada yang menggembirakan, ada juga yang boleh dikatakan mendukacitakan. Apa perkara yang meggembirakan dan apa perkara yang mendukacitakan? Herm....biar aku senaraikan satu persatu kat bawah ni.
Perkara Menggembirakan:
- Birthday aku yang ke-26 jatuh pada bulan ni. Dah 2 hari dah berlalu. Makin dekat dng mati rupanya.
- Macam tahun-tahun yang lepas, dpt birthday present dari orang yang aku sayang. hehe..tq
- Aku dinaikkan pangkat daripada Pegawai UTM Degree++ kepada Pengurus UKR. Wah, besar tanggung jawab tu.
Perkara Mendukacitakan:
- Aku akan ditukarkan daripada Unit Pembangunan Profesional (UPP) kepada Unit Kemasukan dan Rekod (UKR). Ini disebabkan kenaikan pangkat kepada Pengurus UKR tu la. Walaupun dari segi kerjaya, boleh dikatakan bagus utk aku, tetapi aku masih anggap ia perkara yang mendukacitakan kerana terpaksa bertukar unit. Aku sayangkan UPP, tetapi dengan mengambil kira kepentingan organisasi, aku terpaksa akur dng keputusan ini.
- Bajir sekali lagi melanda Johor. Ini kali yang kedua dalam tempoh sebulan. Banjir yang pertama dulu baru sahaja surut, tetapi semalam...air sekali lagi naik dan menyebabkan banjir dikawasan yang sama.
Itu lah beberapa perkara yang berlaku di dalam hidup aku dipermulaan Tahun 2007 ini. Aku kena lihat semua perkara tu dari sudut positif. Daripada kenaikan pangkat aku kepada kejadian banjir. Semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Semoga Tahun 2007 ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan kegembiraan di dalam hidup aku. Dengan bantuan dan kekuatan daripada Allah, berserta sokongan daripada semua orang yang berada disekeliling aku, semoga aku berjaya melalui Tahun 2007 ini dengan berjaya.
Tuesday, November 15, 2005
Hari ni, sekali lagi aku menjejakkan kaki aku di SPACE SHIP. Dan sekali lagi, aku menjadi warga SPACE SHIP ini. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku bermastautin disini untuk sementara waktu sehingga aku mampu membina kehidupan aku yang lebih kukuh dan berkualiti.
Terima kasih kepada Sepul kerana banyak membantu. InsyaAllah, aku akan lakukan yang terbaik untuk membalas kepercayaan yang diberikan kepada aku. Buat masa sekarang, aku perlu serasikan diri aku dengan persekitaran kerja di sini. Lepas tu aku kene serasikan diri aku dengan tugas yang perlu aku buat. Dan seterusnya membawa haluan aku disini dengan bantuan rakan-rakan lain.
Target perlu aku perhalusi dan perlu aku capai untuk aku mendapatkan kehidupan aku yang berkualiti. InsyaAllah, dng sokongan dan doa dari keluarga, rakan2 dan insan yg tersayang...aku diberikan kekuatan oleh-Nya untuk aku tekun berkhidmat......
Wednesday, September 29, 2004
Akhirnya, hari ini tiba lah masanya aku present PSM aku. Fuh, cukup haru biru. Ada ke patut jadual yang aku tengok hari tu telah di update tanpa aku ketahui, dan jadinya terpaksa la aku kelam kabut dtg ke fakulti untuk present. Mujur la penilai aku; En. Hafiz dan En. Syed Norris jenis org yang bertimbang rasa. Mujur la dia terima alasan aku yg sememangnya benar belaka. Tiada yang benar melainkan benar belaka. Sumpah!!!! aku tak tipu...
Pada awalnya, aku dijadualkan present pada hari khamis. Sememangnya itulah yang aku tengok dan sememangnya itu lah jugak yang Husni tengok. Tapi tanpa disangka², jadual present tu telah di tukar, dan aku tidak tahu akan pertukaran itu. Maka terpaksa la aku present setakat yang aku ada tanpa persediaan yang mencukupi. Alhamdulillah semuanya sudah siap. Slide utk present pun aku buat time nak keluar rumah tu. Tp penilai tak tengok pun, slamat aku.
Tapi secara praktikalnya, aku dah habis present tanpa ada masalah yang serius.Dan secara teorinya jugaklah aku dah boleh katakan yang aku dah hampir grad. Alhamdulillah.....
Peristiwa hari ni akan menjadikan aku lebih berhati² dalam membuat sesuatu perkara yang penting dalam hidup aku.
p/s:special thanks for Nana kerana pinjamkan aku pc dia masa present tu. Walaupun tak penah cakap dng dia, dia tetap sudi tolong aku.Kalu tak de dia, tak tahu la aku nak present cam ner.
Monday, August 16, 2004
Wings & M.Nasir
Dah lama aku teringin nak tengok konsert secara live, dan sabtu lepas...keinginan aku tercapai. Tak sangka pulak akhirnya apa yang aku inginkan itu menjadi kenyataan dan ia menjadi lagi best bila konsert yang aku saksikan itu adalah konsert wings dan M.Nasir....sungguh tak kusangka.
Dari awal persembahan sampai la ke akhirnya, aku memang puas hati dengan persembahan diorang. Terimbau terus zaman kanak² aku. Wings naik ketika aku masih sekolah rendah dan dengan sendirinya tetiba membuatkan aku rindukan zaman kanak² aku dulu. Cukup nostalgik!!!
Namun begitu, dalam pada aku bernostalgik itu, sempat juga aku perhatikan kelakuan muda-mudi MELAYU yang berada disekeliling aku...cukup menyedihkan!!! Tanpa rasa segan silu, si pemudi ni terlompat² head banging sambil dikelilingi oleh pemuda. Macam ni ke yang dikatakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama? Sungguh sedih...tak tahu la aku apa nak jadi dengan bangsa ku.....memang benar lah kata Mahathir, Melayu mudah lupa......tapi, aku harap aku bukanlah dari kalangan Melayu yang pelupa ini......
Bila pintu sudah rezeki terbuka, jangan biarkan pintu hati tertutup pula.
Jangan biar impian terlepas waktu muda, kelak sesal.
- bila aku nak berjaya ? -
Friday, August 06, 2004
Orang kata mimpi tu mainan tido, dan aku harap sangat mimpi aku semalam memang mainan tido. Mimpi aku tu buatkan aku terfikir apakah akan menjadi realiti mimpi aku tu; aku harap tidak. Sebabnya mudah...aku sayangkan apa yang aku ada tu dan aku tak mahu aku kehilangannya.
Herm....pergilah mimpi, aku ingin rehat seketika.
Wednesday, July 14, 2004
Berita terkini dari NASA tentang Planet MARS yang kini dalam ujian dan kajian mereka.
MERM (MARS Exploration Rover Mission)-24th March 2004
The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction.
Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS!
This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!!
This might occur soon and we are aware of it.
Menurut Hadith Nabi saw. Rasullullah saw bersabda :
" Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya...matahari terbit disebelah barat. Pada masa ini, taubat sudah tiada "
hadith Muslim.
Menurut Syariah Muhammadiah.
"Terbitnya matahari disebelah Barat hanya akan berlaku sekali pada masa dan ketika itu, matahari terus berada disebelah barat. Dan seterusnya, matahari akan kembali terbit disebelah timur dan seterusnya pada hari hari yang berikut sehingga Allah menghendaki dan menetapkannya."
Inilah apa yang akan berlaku pada planet MARS. Bergerak dari timur ke barat. Berhenti. Bergerak ke barat dalam masa yang pendek. Dan kemudian bergerak semula ke arah timur ke barat.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasullullah saw pernah berkata :
"Tidak berlaku dan tiba nya kemusnahan dunia (Kiamat) sehingga terbitnya matahari dari barat. Apabila tiba masanya ini, semua makhluk di dunia akan segera tersedar dan percaya akan kekuasaaan Allah. Tetapi pada masa ini, semuanya sia sia belaka. Tiada satu pun pintu taubat dibuka. Sesungguhnya pada masa dan tatkala ini, rugilah bagi mereka mereka itu".
hadith Al-bukhari Muslim.
Matlamat utama, ingin saya menyeru pada rakan semua. Setiap planet di dunia akan mengalami fenomena yang sama. Tahun ini, planet Marikh akan berlaku matahari terbit disebelah barat. Kita tak tahu, mungkin planet planet lain sudah pun mengalami fenomena ini, dan mungkin hanya bumi sahaja yang belum, kita tak tahu, hanya Allah yang tahu.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia sudah pun memberi tanda awal, walaupun melalui hambanya yang bukan Islam. tapi bagi kita yang sudah beriman ini, sedarlah selagi ianya tidak terlambat. Kerana sekiranya berlaku, taubat sudah tidak diterima.
Dunia ini hanya sementara. Bertaubatlah dari segala dosa yang kita lakukan.
Berzikirlah, walaupun hanya pada sisa sisa masa yang terluang kerana zikir itu juga penghapus dosa kita.
Check this out, very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention:
Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women.
Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.
Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Qur'an, where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Qur'an:
Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life after this world) 115
Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88
Life 145 .... Death 145
Benefit 50 . Corrupt 50
People 50 .. Messengers 50
Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11
Museebah (calamity) 75 . Thanks 75
Spending (Sadaqah) 73 . Satisfaction 73
People who are mislead 17 . Dead people 17
Muslimeen 41 . Jihad 41
Gold 8 . Easy life 8
Magic 60 . Fitnah (dissuasion, misleading) 60
Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 . Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
Mind 49 . Noor 49
Tongue 25 . Sermon 25
Desite 8 . Fear 8
Speaking publicly 18 . Publicising 18
Hardship 114 .... Patience 114
Muhammed 4 . Sharee'ah (Muhammed's teachings) 4
Man 24. Woman 24
And amazingly enough have a look how many times the following words appear:
Salah 5, Month 12, Day 365,
Sea 32, Land 13
Sea + land = 32+13= 45
Sea = 32/45*100=71.11111111%
Land = 13/45*100 = 28.88888889%
Sea + land =100.00%
Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%.
Is this a coincidence?
Question is that Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this?
Reply automatically comes in mind that ALMIGHTY ALLAH taught him this. As the Qur'an also tells us this.
Please pass this on to all your friend and Muslims you know.
Aayah 87 of Suraa (Chapter) Al-Anbia \ para 17:
LA ILAHA ILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTU MINA ZALIMEEN.
During the next 60 seconds, stop whatever you are doing, and take this opportunity. (Literally, it is only 1 minute).
All you have to do is the following:
PLEASE SEND THIS TO ALL PEOPLE THE YOU KNOW. ALLAH SUBHANA WA TAALA WILL SOLVE ALL YOUR
PROBLEMS. PLEASE DO NOT FAIL TO DO THIS.
Monday, July 12, 2004
XPDC Gunung Berlumut
Kat Puncak gunung
Posing kat batu kerang
Posing sebelum memulakan pendakian
"Gunung kudaki, lurah kuturni..."
Dengan berbekalkan kecekalan, akhirnya berjaya juga aku daki G.Berlumut
kat Kluang tu ha....ini adalah gunung yang ketiga aku daki selepas aku
daki G.Kinabalu dan G.Ledang. Bulan depan daki G.Arong kat Mersing plak.
Herm....secara keseluruhannya,tough la jugak gunung ni,
naik gigil jugak kaki aku ni ha.Tapi kegigilan itu hilang sama sekali
setelah sampai kepuncak. Subhanallah....agung sungguh ciptaan Allah. Lepas
ni akan makin aktif la aku dengan akiviti mendaki ni bila dah ada kaki.
Tercapai jugak apa yang aku minat ni.Alhamdulillah....
Friday, July 09, 2004
Melayu dan isi perut, aku rasa mmg susah nak pisahkan antara keduanya. Maksud aku 'isi perut yg busuk'. Tak kira la yang tua atau muda..faktor ni mesti ada dlm setiap diri orang kite nih. Aku tak kata bangsa lain isi perut nya wangi, ada jugak yg busuk..tp itu aku tak kisah sbb tu bukan bangsa aku. Tp...bila ia melibatkan bangsa aku, aku rasa sedih sngt sbb benda ni tak dpt dipisahkan dr bangsa aku.
Tak tahu lah kenapa aku boleh kata macam ni.Tp yang pasti ni semua gara² kelakuan seseorang kat opis nih. Peristiwa pagi tadi membuatkan perasaan aku bercampur baur antara marah, geram dan sedih. Aku tau la dia tu berpangkat, tp selaku org berpangkat..biarlah kelakuan dan tindakan yang di ambil tu menunjukkan diri tu memang berpangkat. Bukan sahaja pangkat pada nama, tp biarlah pangkat pada otak tu dan budi bicara tu jugak. Entahlah...mmg itu peranhgai dari azali kot. Tak pe la...biarlah. Lakukanlah aper yg nak dilakukan, asalkan ko (*tak keterlaluan rasanya aku bahasakan dia sbg ko sbb dia pun aku rasa tak layak nak dpt title yg baik dr aku even dia lebih tua dr aku. Sori la...) bahagian dengan tindakan yg diambil tu. Biarlah....
Tuesday, February 17, 2004
Kelmarin....15 Februari 2004, aku akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki aku ke penghujung benua Asia yang terletak di Tg.Piai kat Pontian sana tu, best la jugak tempatnyer. Kalu ikutkan hati,nak ajer aku lepak kat sana sampai malam sbb nak tngk Kelip-Kelip yang kononnya banyak kat sana. Tp tak jadi sbb kat situ tak berapa selamat sngt bila mlm. Orang kat situ kate Ular Bakau banyak keluar time memalam...jd utk menjaga keselamatan diri,tak jadi la stay smpai mlm. Secara keseluruhannya bleh la aku simpulkan perjalanan aku tu sebagai best sbb dpt tngk laut, pulau dan beberapa perkara lain lg. Lepas ni kalu ada masa bleh dtg lagi.....
Monday, January 12, 2004
Hari ni mmg birthday aku yg palig best. Aku kata best sbb aku dpt bnyk wish dr kengkawan aku dan yang paling utama wish beserta birthday present yg paling best dr org yg aku sayang.Memang hadiah ni akan aku ingat smpai bila². Memang best ah...smpai tak terkata tahap kebestan dia,suka sangat²!